fbpx

Dewan Rakyat: Luluskan segera peruntukan kepada semua Ahli Parlimen – Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya meluluskan segera peruntukan kepada semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang bagi membantu mangsa banjir di kawasan masing-masing.

Gesaan itu disuarakan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Muhyiddin, beliau mencadangkan kerajaan memberikan sekurang-kurangnya RM300,000 kepada setiap Ahli Parlimen.

Ini kerana katanya, kebanyakan Ahli Parlimen termasuk pembangkang memerlukan peruntukan itu terutamanya di negeri-negeri terjejas dengan banjir seperti di Johor.

“Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM300,000 kepada semua Ahli
Parlimen yang kawasan mereka dilanda banjir, termasuk Ahli Parlimen Pembangkang.

“Peruntukan ini boleh digunakan oleh Ahli-Ahli Parlimen untuk menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya di sini hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah meluluskan peruntukan segera kepada negeri Johor berjumlah RM50 juta.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang meluluskan segera peruntukan RM50 juta kepada Johor tetapi saya cadangkan ia dinaikkan kepada RM100 juta kerana keadaan banjir pada kali ini amat teruk,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI