fbpx

Dewan Rakyat: Cadangan meningkatkan insentif pengeluaran getah akan diperhalusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperhalusi cadangan untuk menaikkan harga lantai getah beku tempatan (cup lump) bergantung kepada kemampuan kerajaan ketika ini.

Bagaimanapun kata Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching, kerajaan akan terlebih dahulu melaksanakan insentif pengeluaran getah (IPG) seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 baru-baru ini.

Jelasnya, pada pembentangan tersebut kerajaan bersetuju untuk meningkat IPG daripada RM2.50 kepada RM2.70

“Pada pembentangan Bajet 2023, kerajaan telah bersetuju menaikkan insentif pengeluaran getah daripada RM2.50 kepada RM2.70 sekilogram dengan peruntukkan sebanyak RM350 juta.

“Justeru, kementerian akan melaksanakan IPG seperti mana yang diumumkan dalam bajet dahulu dan pada masa sama akan memperhalusi cadangan tersebut dan ia tertakluk kepada kemampuan kerajaan semasa,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) yang mahu Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar IPG dari RM2.50 kepada RM4.50 pada waktu ini.

Tambah Siti Aminah, kerajaan juga sentiasa prihatin dengan pekebun kecil getah yang mana pendapatan mereka akan terjejas apabila harga getah merosot.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI