fbpx

Dewan Rakyat: Beberapa R&R akan dibina sepanjang lebuh raya CSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya akan membina beberapa hentian rawat dan rehat (R&R) sepanjang laluan Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (CSR) yang bermula dari Pahang sehingga ke Kelantan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, hentian R&R yang pertama akan dibina di Bentong selepas keluar daripada Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur (KLK).

“R&R kedua pula akan dibina di Lipis iaitu di Kampung Relong dan juga salah sebuah lagi akan dibina di Gua Musang.

“Secara keseluruhan kita akan bina antara tiga atau empat R&R di sepanjang laluan ini (CSR) dan sudah pasti akan digunakan oleh semua masyarakat Pantai Timur antaranya di kawasan-kawasan yang saya nyatakan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadli Saari (PN-Pasir Mas) berkenaan cadangan pembinaan R&R di sepanjang Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (CSR) yang menghubungkan Pahang sehingga ke Kelantan.

Tambah Abdul Rahman, R&R tersebut akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk urusan penyelenggaraan dan kemudahan-kemudahan sepanjang lebuh raya tersebut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI