fbpx

Banjir: PdPR di PPS, dibenarkan ke sekolah dengan pakaian bersesuaian – KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA melihat antara buku teks yang musnah dalam kejadian banjir ketika melawat SK Seri Bali dan SMK Chaah, Segamat hari ini

SEGAMAT – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bercadang menangguhkan Sesi Persekolahan 2023/2024 di 17 buah buah sekolah di Johor yang terjejas akibat banjir.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelajar di sekolah terjejas mungkin akan diberi pilihan belajar melalui sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya kerosakan sekolah tidak dapat dipulihkan sebelum cuti sekolah berakhir dua minggu lagi.

“Saya fikir kita sedaya upaya fokus untuk memulihkan sekolah yang terjejas dahulu dan pada masa sama kita tidak akan menangguhkan sesi persekolahan yang bakal bermula dua minggu lagi.

“Kita akan bagi pilihan PdPR supaya proses persekolahan tetap berlangsung sekiranya 17 sekolah terjejas termasuk 14 buah sekolah di daerah Segamat dapat dibersihkan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chaah, di sini hari ini.

Hadir sama Adun Bekok, Tan Chong dan Pegawai Pendidikan Segamat, Abd Rahman Kecik.

Tambah beliau, jika PdPR terpaksa dilaksanakan di PPS, KPM akan memastikan pusat itu mempunyai kelengkapan yang sesuai untuk sesi persekolahan itu.

“Kita akan lihat dari semasa ke semasa (keadaan banjir), tapi biasanya jika ada ruang yang sesuai (di PPS) mereka boleh terus belajar melalui kaedah itu di PPS.

“Untuk pelajar yang pakaian seragam sekolah mereka rosak akibat banjir, mereka boleh hadir ke sekolah dengan apa sahaja pakaian yang bersesuaian asalkan hadir memulakan persekolahan,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI