fbpx

Banjir: Agrobank tawar moratarium 6 bulan kepada petani, pesawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tengah) melihat benih padi di kilang pemprosesan benih padi Dataran Pusaka, Kuala Selangor, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Para pesawah dan petani yang terjejas akibat bencana banjir boleh menarik lega apabila Agrobank menawarkan moratarium enam bulan kepada golongan tersebut.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihak bank itu memberikan moratarium berkenaan kerana simpati dengan golongan tersebut yang kehilangan hasil pertanian akibat bencana berkenaan.

“Selain moratarium, pihak bank juga akan mengecualikan caj pertukaran kad atau buku simpanan untuk pesawah dan petani yang terlibat dalam banjir, dan mereka boleh membuat permohonan di mana-mana cawangan Agrobank mulai hari ini,” katanya selepas melawat kawasan jelapang padi Selangor di Sekinchan, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu kerajaan kini sedang mengambil beberapa langkah bagi memastikan hasil padi negara dapat ditingkatkan sewajarnya dengan menggalakkan pesawah menggunakan baja organik berbanding baja kimia yang banyak digunakan ketika ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI