fbpx

Anwar seru kurangkan kebergantungan pada khidmat konsultan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir ke Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mac Tahun 2023 di Putrajaya hari ini.- Foto FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar tugas-tugas besar termasuk dalam membuat penilaian dikembalikan kepada penjawat awam sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada khidmat konsultan.

Anwar berkata, berdasarkan pengalaman selama lapan tahun di Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini, beliau dapat menyaksikan sendiri kemampuan pegawai-pegawai yang ada untuk memimpin dan mengemudi sesuatu projek.

“Saya lihat tidak perlu bergantung sangat pada konsultan, bukan tidak penting tapi saya mahu tunjukkan tingkat kemampuan yang lebih dalam kalangan penjawat awam.

“Bukan saya menentang pengambilan banyak konsultan, tapi seperti yang saya pernah tekankan sebelum ini, saya sendiri saksikan kompetensi pegawai itu ada. Munasabah kalau perlukan, tapi pegawai itu sendiri perlu mampu mengemudi projek itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mac Tahun 2023 di sini hari ini yang disertai oleh 1,650 warga penjawat awam daripada 33 jabatan kerajaan.

Perdana Menteri pada masa sama turut memuji penjawat awam yang terlibat dalam isu penyelesaian dua firma pelaburan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investments PJS (Aabar PJS).

Kedua-dua syarikat tersebut telah bersetuju untuk membayar AS$1.8 bilion (RM8 bilion) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menyelesaikan pertikaian perundangan di antara mereka.

Perdana Menteri berkata, ini kerana rundingan yang melibatkan pegawai kerajaan dengan firma pelaburan tersebut adalah bukti kecekapan penjawat awam dalam mengendalikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

“Lebih membanggakan, jumlah akhir penyelesaian itu melebihi sasaran kerajaan yang mulanya ditetapkan antara AS$1.5 bilion dan AS$1.7 bilion.

“Tahniah kepada Peguam Negara dan jabatannya termasuk semua yang terlibat dalam rundingan yang tidak banyak bergantung kepada perunding luar,” ujar beliau.

Tambah beliau, setinggi-tinggi penghargaan juga dipanjangkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga kerana menggunakan hubungan mesra baginda dengan Pesiden Abu Dhabi. Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan untuk memudahkan rundingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI