fbpx

Abdul Hadi akui ada ‘usaha’ jatuhkan Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui ada ‘usaha’ sedang dijalankan Perikatan Nasional (PN) dan parti komponen di blok pembangkang untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Menurut Abdul Hadi, berdasarkan sistem demokrasi negara, perkara itu boleh dilakukan dan tiada mana-mana pihak boleh menghalang PN untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, usaha tersebut boleh dilakukan sama ada menerusi undi tidak percaya ataupun melalui Surat Akuan Berkanun (SD).

“Itu satu kenyataan politik dan biasa berlaku dalam politik, undi tidak percaya dan dapatkan SD, penyokong kerajaan berpaling tadah itu berlaku.

“Kita melihat ada tanda-tanda yang menunjukkan dalam kerajaan campuran yang ada ini, perasaan tidak puas hati bersama-sama komponen sendiri. Dengan sebab itu sesuatu tidak mustahil akan berlaku, dalam negara demokrasi dibolehkan,”katanya di Parlimen hari ini.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada cubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan bertentangan dengan titah Yang Dipertuan Agong yang mahukan kestabilan, Ahli Parlimen Marang itu memberitahu ia tidak boleh dijadikan sebagai kata putus.

“Kenyataan Agong satu kenyataan yang tidak jadi kata putus yang menghalang untuk ada perubahan dalam negara demokrasi.

“Mengikut Raja Berperlembagaan, (kedudukan) Raja di bawah Perlembagaan. Perlembagaan kita masih menjunjung demokrasi, dan ia tak bercanggah,” jelasnya.

Pada masa sama, Abdul Hadi memaklumkan bahawa pihaknya akan terus pertahankan rakan-rakan sekutunya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Ini satu penyiasatan dan pendakwaan terpilih, ‘double standard’ berbanding kes rasuah dan salahguna kuasa melibatkan pemimpin UMNO dan DAP,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI