fbpx

United bersedia ‘langgar’ Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG percaya barisan pemainnya sudah bersedia untuk ‘berkorban’ bagi meraih kemenangan menjelang menentang Liverpool pada aksi EPL di Anfield tengah malam ini.

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag percaya barisan pemainnya sudah bersedia untuk ‘berkorban’ bagi memastikan tiga mata menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Liverpool di Anfield tengah malam ini.

The Red Devils wajib mencatat kemenangan pada perlawanan itu sekiranya mereka mahu terus menghidupkan peluang untuk mencabar kejuaraan liga selain terus berada dalam kelompok empat teratas.

Justeru, Ten Hag berkata, beliau sudah tidak sabar untuk turun pada perlawanan tersebut, lebih-lebih lagi pasukan itu masih segar dengan kejayaan merangkul Piala Liga Inggeris (EFL) minggu lalu.

“Saya sudah tidak sabar untuk perlawanan itu bermula kerana mahu merasakan suasana stadium. Saya percaya Anfield akan menjadi ‘medan perang’ untuk United, namun kami amat sukakan situasi itu.

“Saya tahu pemain-pemain saya sudah bersedia sepenuhnya untuk berjuang dan membawa pulang tiga mata. Ia akan jadi satu perlawanan sukar dan kami perlu berdepan sengsara jika mahu catat keputusan positif,” katanya.

Kedua-dua pasukan berada pada prestasi terbaik ketika ini, namun Ten Hag tetap menaruh sepenuh kepercayaan terhadap barisan pemainnya untuk mengecewakan Liverpool di laman sendiri.

“Liverpool memiliki pengurusan serta falsafah bola sepak yang sangat baik. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu fokus mengenai mereka kerana apa yang penting ketika ini adalah beri tumpuan pada persediaan sendiri,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI