fbpx

Projek naik taraf pesisir Sungai Perai siap April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (kanan) ketika melakukan gimik perasmian sempena majlis pecah tanah bagi kerja-kerja reka bentuk dan naik taraf laluan pejalan kaki/berbasikal di pesisir Sungai Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Projek mengindahkan kawasan pesisir Sungai Perai di sini khususnya untuk fasa pertama yang menelan belanja sehingga RM440,000 dijangka siap menjelang 16 April ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ketika ini, kerja-kerja mereka bentuk dan menaik taraf laluan pejalan kaki serta berbasikal di pesisir sungai itu sedang giat dilaksanakan.

Selain laluan pejalan kaki dan berbasikal katanya, komponen lain yang tersenarai dalam projek naik taraf yang bermula di kawasan tanah lapang itu ialah pembinaan dataran serta penanaman rumput.

“Saya difahamkan, sebaik sahaja fasa ini selesai, ada lagi lima fasa yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

“Bukan mudah sebenarnya untuk melaksanakan projek seperti ini. Namun, dengan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak, saya yakin ia bukan satu halangan yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pecah tanah untuk projek fasa pertama itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri II merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Dr. P. Ramasamy serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Azhar Arshad.

Menurut MBSP, anggaran panjang laluan yang dinaik taraf itu adalah sepanjang 300 meter dengan dua meter lebar atau berkeluasan kira-kira 2,864 meter persegi di pesisir Sungai Perai iaitu di antara Taman Inderawasih dan Taman Kimsar di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI