fbpx

Penonton Blackpink masih tak dapat atasi konsert Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blackpink (kiri), Siti Nurhaliza (kanan).

PETALING JAYA – Jumlah lautan warna ‘pink’ yang menggegarkan Stadium Bukit Jalil malam tadi ekoran konsert kumpulan terkenal Korea Selatan, Blackpink masih hangat terasa sehingga kini.

Rata-rata di media sosial, kebanyakan penonton yang hadir ke konsert berkenaan sedang rancak memuat naik video dan gambar artis kesayangan mereka itu.

Walau bagaimanapun, jumlah penonton konsert Blackpink seramai 62,000 semalam masih tidak mampu mengatasi jumlah penonton konsert penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.

Gambar carta jumlah penonton yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil.

Menerusi ciapan Pop Crave Asia, konsert Siti Nurhaliza pada tahun 2004 mencatatkan jumlah penonton lebih 70,000 penonton di lokasi yang sama iaitu di Stadium Bukit Jalil.

Jumlah tersebut hampir dicabar oleh konsert A.R Rahman yang diadakan pada 28 Januari lalu dengan mencatatkan lebih 67,000 penonton.

Konsert Blackpink malam tadi pula menduduki tangga ketiga dengan jumlah penonton yang memenuhi stadium adalah seramai 62,000.

Pada tahun 2004, konsert Siti Nurhaliza merupakan konsert jelajah pertama beliau di mana Siti menjelajah 15 lokasi menarik di seluruh Malaysia.

Difahamkan lebih dari sejuta penonton telah hadir sepanjang konsert tersebut dan itu adalah jumlah kehadiran penonton paling terbesar di dalam sejarah konsert di negara Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI