fbpx

Penduduk tak tahan, pelajar tahfiz bising lewat malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh @FarahAmirahAmri di akaun Twitternya

PETALING JAYA – Perbuatan sekumpulan pelajar tahfiz yang membuat bising di sebuah institusi pengajian di Batu Caves, Selangor mengundang rasa kurang senang kepada penduduk di sekitar itu.

Menerusi ciapan oleh @FarahAmirahAmri, dia meluahkan rasa kurang senangnya itu kerana tidak tahan bunyi menyanyi menggunakan mikrofon dan menjerit-jerit pada lewat tengah malam.

Ujarnya, dia telah pun menghubungi pihak polis beberapa kali namun kejadian sama masih berulang sekali gus mengakibatkan pencemaran bunyi semakin berterusan.

“Dah lama dah pendam pasal pusat tahfiz ini. Selalu buat bising, waktu orang nak tidur. Agak-agaklah nak menyanyi pada tengah malam.

“Tak reti langsung nak hormat masa penduduk sini. Nama tahfiz tapi bab adab berjiran macam tidak belajar. Berapa kali dah telefon polis, tetapi masih benda yang sama jadi.

“Nak buat tahfiz pun pilihlah tempat yang bersesuaian, ini tak main ‘pacak’ sahaja. Hidup kat kawasan ni tak tenang semenjak ada tahfiz ni. Patutnya kalau ada tahfiz jadi sejuk hati, tapi ni asyik nak marah je,” ciapnya.

Tambahnya, ketika dia baru selesai menjalani rawatan kemoterapi, emosinya menjadi sangat terganggu kerana mendengar bunyi bising dari tahfiz berkenaan sehingga lewat malam.

Sehingga kini, ciapannya telah mendapat 1,444 perkongsian dan 1,984 tanda suka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai mengecam pihak pengurusan pusat tahfiz berkenaan yang dianggap tidak bertanggungjawab dalam mengawal pelajar-pelajarnya.

“Dulu dekat sini ni aman sahaja takde tahfiz ni. Dia ada je habis bising. Kadang-kadang pagi buta buat sukan apa entah. Buat tahfiz celah-celah rumah orang. Lepas itu, ada hati sampai nak buat fasa 3,” komen Shakir.

“Kalau buka mengaji pun tidak perlu buka kuat-kuat sampai satu taman boleh dengar. Ini lagi pula lagu Judika, memanglah orang marah, ‘common sense’ lah orang nak rehat,” komen Hairil pula.

“Nyanyi lagu Judika rupanya, ingat nyanyi lagu nasyid. Allahuakbar,” komen pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI