fbpx

Pelajar tahfiz bakal penuhi keperluan industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramlan (berdiri, tengah) menyaksikan MoU antara pihak PERDA dan institusi pengajian agama di Seberang Jaya.

SEBERANG PERAI – Pelajar tahfiz kini berpeluang menggabungkan kemahiran serta pendidikan akademik bersifat ukhrawi dan duniawi sekali gus mempersiapkan diri untuk mendepani dunia pekerjaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Wilayah dan Desa, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, program rintis TVET Tahfiz@PERDA-TECH menjadi platform bagi pelajar aliran agama membabitkan dua institusi pengajian terpilih memperoleh kemahiran.

Menurutnya, ini melibatkan dua kursus yang ditawarkan iaitu kimpalan dan automotif.

“Bagi sesi pengambilan pertama ini, kita sediakan dua kursus dahulu dan modul pembelajaran akan ditambah baik dari masa ke semasa.

“Kita mahu melahirkan generasi yang bukan sahaja mampu menyeimbangkan perihal duniawi dan ukhrawi, malah berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri.

“Di samping itu, kita turut menilai keupayaan pelajar yang mengikuti kursus ini selain memperhalusi kesediaan fasiliti dan pusat tahfiz yang berminat untuk menjalinkan kerjasama untuk sesi pengambilan akan datang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Persefahaman Program TVET Tahfiz@PERDA-TECH antara Perda bersama dua institusi pendidikan agama iaitu Madrasah Darul Uloom Shaikh Zakariyya (DUZAK) di Parit Buntar, Perak dan Sekolah Menengah Agama Maahad As-Syakhiah Tahfiz Sains (MATSA) di Simpang Ampat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI