fbpx

Nampak ‘baby bump’ isteri, Remy bakal hot daddy?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN video Ezza yang menampakkan bentuk baby bump mencetuskan spekulasi dia kini berbadan dua.

MINGGU ini sahaja, sudah beberapa kali juga Diva mendengar dakwaan bahawa isteri hero Malaya, Remy Ishak iaitu Ezza Yusof kini berbadan dua.

Menurut khabar angin tersebut, baby bump Ezza kelihatan semakin ketara dalam beberapa buah video dan foto.

Sempat juga Diva ‘menelaah’ video-video TikTok Ezza dan perasan juga bentuk baby bump, namun tidak pasti sama ada hanya buncit sebab makan banyak atau benar-benar hamil.

Apabila lihat dalam ruangan komen, ramai yang perasan mengenai perubahan fizikal Ezza yang dikatakan kelihatan sedikit berisi.

Kalau benarlah khabar angin tersebut, pasti ramai yang tumpang gembira. Tak lama lagi Remy akan bergelar bapa lah. Hot daddy!

Harap perkara baik sebegini benar-benar berlaku dan tidak berakhir sebagai khabar angin sahaja.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk Ezza dan Remy ya!

DIVA: Mana Zul Ariffin? Sepi sahaja tanpa sebarang cerita terkini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI