KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada 2,978 orang berbanding 2,317 orang yang direkodkan semalam.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 874 keluarga itu ditempatkan di 23 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah negeri ini.
“Daerah Rompin masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu sebanyak 2,615 orang yang ditempatkan di 20 PPS diikuti daerah Temerloh sebanyak 305 mangsa, manakala Maran dan Bera masing-masing merekodkan 29 mangsa.
“Pihak AMP masih terus melakukan pemantauan dan bersedia membantu memindahkan mangsa sekiranya rumah mereka dinaiki air,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, pada masa ini empat sungai merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Maran, Sungai Pahang di Pekan dan Sungai Keratong di Rompin,” katanya. – KOSMO! ONLINE