fbpx

Liga Super: TFC masih gagal raih kemenangan sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC Ivan Mamut (dua dari kiri) cuba menanduk bola ke gawang gol Kuala Lumpur City pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) terus kempunan meraih kemenangan sulung apabila sekadar terikat tanpa jaringan ketika menentang Kuala Lumpur City FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Sang Penyu berada di tangga tercorot liga dengan hanya mengutip satu mata daripada tiga perlawanan.

Awal permainan memihak Kuala Lumpur City menerusi umpanan Declan Lambert namun percubaan Herlison Caion pada minit ke-12 sekadar melambung tinggi melepasi palang.

Skuad Sang Penyu di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner turut menguji kubu pelawat melalui sepakan bebas Ivan Mamut yang berjaya ditepis penjaga gol lawan, Kevin Ray Mendoza pada minit ke-30.

Peluang terbaik pelawat hadir menerusi larian solo Zhafri Yahya yang melepasi kawalan pertahanan lawan mujur penjaga gol TFC, Rahadiazli Rahalim tangkas menepis sepakan itu pada minit ke-56.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI