fbpx

Liga Super: Kelantan FC raih kemenangan sulung benam Penang FC 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kelantan FC, Ishmaheel Akinade (kiri) menanduk bola untuk menjaringkan gol pertama perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kelantan FC kembali menggembirakan lebih 6,000 penyokong setianya apabila berjaya merakam kemenangan pertama dalam saingan Liga Super selepas membenam Penang FC 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Skuad The Red Warriors (TRW) tidak menunggu lama untuk menguji kem pelawat dengan melancarkan deretan percubaan jarak dekat selepas berjaya membolosi barisan pertahanan Penang FC.

Sorakan penyokong menggamatkan stadium pada minit ke-21 apabila TRW berhasil membuka tirai jaringan melalui tandukan Ishmaheel Akinade selepas menerima hantaran cantik Muhammad Ghaffar Abdul Rahman.

Skuad Harimau Kumbang sekali lagi dikejutkan dengan gol kedua Kelantan FC hasil rembatan Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman pada minit ke-36 apabila memanfaat peluang yang terhasil bermula daripada hantaran lintang Muhammad Ghaffar.

Kelantan FC terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Christian Rontini diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-66 akibat menarik Hassan Saad.

Seminit berselang, Hassan pula dilayangkan kad merah selepas menyiku kapten Kelantan FC, Mario Arques Blasco sekali gus menyaksikan kem pelawat turut kehilangan seorang pemain di atas padang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI