fbpx

Kes denggi di Kelantan meningkat 583 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaini (tiga dari kiri) semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Jururawat Patuh Syariah di KPTM, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh ROSMIZAN RESDI / KOSMO!

KOTA BHARU – Jumlah kes demam denggi yang dilaporkan di Kelantan bermula Januari sehingga 25 Februari lalu meningkat sebanyak 583 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Husin berkata, sebanyak 280 kes demam denggi dilaporkan berlaku sepanjang tempoh itu berbanding hanya 41 kes tahun lalu.

Menurutnya, bagaimanapun, jumlah kes tahun ini lebih rendah berbanding jumlah kes sebelum pandemik Covid-19 apabila ia mencatatkan penurunan 72.7 peratus iaitu 1,028 kes pada tahun 2020 dan 59.8 peratus dengan 697 kes pada 2019 dalam tempoh tersebut.

“Sepanjang Januari hingga 25 Februari lalu, sebanyak 11 wabak denggi dilaporkan dan ia menunjukkan peningkatan apabila dua wabak dicatatkan dalam tempoh sama pada tahun lalu

“Daripada sembilan wabak denggi yang dilaporkan, tujuh wabak telah tamat manakala empat wabak lagi masih aktif,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian Kursus Jururawat Patuh Syariah di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaini memberitahu, JKNK telah melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan untuk semua kes termasuk wabak denggi yang dilaporkan di semua lokaliti bagi memutuskan rantaian jangkitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI