fbpx

Kerap ditegur iras Puteri Sarah, Dinie mahu jadi model berjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SIARAN langsung bersama pelakon popular, Remy Ishak membuka ruang kepada Dinie mengembangkan sayap dalam bidang peragaan.

SEKALI imbas, wajah gadis Pesona Ahad pada minggu ini mirip pelakon cantik, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.

Bagi Dinie Amila Mohamad ­Rizwan, dia sudah ‘lali’ disamakan dengan Puteri Sarah, tidak kurang juga ada yang menegur mukanya iras penyanyi Nabila Razali.

Mesra disapa Dinie, gadis berusia 25 tahun ini mempunyai impian dan cita-cita sendiri untuk bergelar seorang model berjaya.

Kuasa tular menerusi video live Dinie bersama pelakon popular, Remy Ishak dalam platform media sosial Instagram ibarat rezeki terpijak untuk gadis ini terus mengorak langkah dalam bidang yang diminatinya.

Tidak mahu melepaskan peluang di depan mata, anak sulung daripada empat beradik itu turut memasang angan-angan me­nyertai dunia hiburan sebagai pelakon. Kepada Kosmo! Ahad, anak kelahiran Kedah ini berce­rita lanjut mengenai dirinya.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai latar belakang Dinie.
Dinie: Saya merupakan gra­duan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Pengiklanan) di Universiti Teknologi Mara. Alhamdulillah, selepas tamat pe­ngajian, walaupun tidak bekerja dalam bidang pengiklanan, saya dapat merealisasikan impian sejak kecil bergelar seorang model. Saya bersyukur keluarga dan rakan-rakan banyak membantu.

Fakta menarik tentang Dinie?
Saya pernah belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina selama enam tahun. Saya juga pernah mewakili UiTM dalam Chinese Bridge Competition. Walaupun tidak menang, pensyarah memberi doro­ngan untuk me­nyertai Mandarin Singing Com­petition. Alhamdulillah saya mendapat tempat ketiga. Sebelum menceburi bidang modelling, saya mela­kukan lebih 10 kerja sambilan sejak berusia 15 tahun. Saya memang suka cari duit poket sendiri, bukan­nya di­sebabkan keluarga tidak mampu.

DINIE

Apakah kenangan yang tidak boleh dilupakan?
Pengalaman beri impak kepada saya yang mana kerjaya sekarang ada kaitan dengan bidang pengiklanan. Ketika itu klien adalah Origina dan Remy merupakan duta minuman tersebut. Saya berkesempatan membuat live bersama beliau. Pada mula­nya, memang agak kekok dan hanya tersenyum. Sebahagian siaran langsung itu dikongsi dalam Twitter sebelum tular. Sejak itu, ada pihak yang ‘melamar’ saya untuk jadi model sambilan. Alhamdulillah sampai sekarang masih bertahan sebagai
model.

Apa yang Dinie lakukan pada waktu lapang?
Luangkan masa bersama kawan-kawan, pergi jalan-jalan atau ‘food hunting’. Kalau tiada perancangan lain, saya lebih suka duduk di rumah.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Seorang lelaki yang memahami, penyabar dan rajin. Buat masa sekarang, saya tiada pe­rancangan untuk bertunang atau berkahwin. Saya akan fokus terhadap kerjaya. Jika ada rezeki, Insya-Allah Dinie sentiasa terbuka untuk ke fasa yang lebih serius bersama pasangan.

Siapa Dinie dalam masa 10 tahun akan datang?
Dalam masa 10 tahun akan datang, saya berumur 35 tahun. Dinie berharap pada ketika itu, saya sudah mempunyai keluarga kecil sendiri, perniagaan dan melancong bersama mereka yang tersayang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI