fbpx

EPL: Arsenal bangkit benam Bournemouth 3-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ben White (tengah) meraikan gol penyamaan yang dijaringkan sebentar tadi.

LONDON – Pasukan Arsenal mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk menewaskan Bournemouth 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Gunners kendalian Mikel Arteta membuat rombakan dalam kesebelasan utama dengan merehatkan pemain utama seperti Granit Xhaka dan Ben White.

Situasi tersebut menyaksikan jentera tengah serta pertahanan Arsenal terbukti kurang ampuh selepas pasukan pelawat hanya memerlukan masa sembilan saat untuk meraih gol pembukaan hasil jaringan Philip Billing.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Arsenal kembali memperkemaskan jentera serangan menerusi trio serangan berbisa, Gabriel Martinelli, Bukayo Saka dan Leandro Trossard tetapi gagal mencari gol penyamaan.

Bersambung pada babak kedua, Bournemouth terus memberi kejutan buat The Gunners dengan melebarkan kedudukan menjadi 2-0 hasil tandukan yang dilakukan oleh Marcos Senesi hasil daripada sepakan penjuru pada minit ke-57.

Arsenal yang semakin terdesak memburu gol akhirnya berjaya merapatkan kedudukan menerusi rembatan Thomas Partey pada minit ke-62 selepas menerima umpanan jaringan Emile Smith Rowe.

Gol penyamaan The Gunners tiba berselang lapan minit kemudian dengan kali ini dilakukan oleh pemain gantian, White yang berjaya menyudahkan hantaran Reiss Nelson.

Tekanan terus diberikan oleh pasukan tuan rumah yang berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi ledakan Nelson pada masa kecederaan untuk menghadiahkan tiga mata berharga dengan keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan Arsenal kekal di kedudukan pendahulu liga dengan perbezaan lima mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI