fbpx

Cristiano Ronaldo hiburkan peminat cilik kehilangan bapa dalam gempa bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo menghiburkan Nabil yang menjadi mangsa gempa bumi di Syria apabila menemuinya selepas perlawanan bola sepak melibatkan kelabnya di Arab Saudi baru-baru ini. - Daily Mirror

RIYADH – Sebuah klip video memaparkan bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo menghiburkan seorang budak lelaki yang kematian bapanya dalam gempa bumi Syria baru-baru ini menjadi tular ketika mereka bertemu selepas perlawanan melibatkan kelab  Al-Nassr, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Budak lelaki dari Syria itu, Nabil Saeed, 10, dijemput ke Arab Saudi selepas dia menyatakan hasratnya kepada pasukan penyelamat mangsa gempa bumi untuk melihat Ronaldo, 38, bermain dengan kelab baharunya itu.

Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am Arab Saudi, Turki Alalshikh kemudian meminta bantuan bagi mengenal pasti budak lelaki itu di media sosial.

Apabila ditanya dengan siapa dia ingin pergi ke Arab Saudi, Nabil dilaporkan menjawab ‘bapa dan ibunya’ sebelum membetulkan kenyataan itu dalam keadaannya yang penuh beremosi.

Akhirnya, dia menghadiri perlawanan bola sepak antara Al-Nassr menentang Al-Batin di Stadium Marsool Park bersama ibunya di mana dia bertemu idolanya iaitu Ronaldo.

Ronaldo dirakam memeluk Nabil sebelum kemudian meluangkan masa berbual dengannya selepas kelabnya beraksi.

Budak lelaki tersebut yang menyatakan dia seolah-olah tidak percaya berada di Arab Saudi turut terharu apabila memberitahu bekas pemain kelab Manchester United tersebut bahawa dia menyayanginya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI