fbpx

Bekas askar redah banjir cari makanan penghuni PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video Mohd. Salleh mengharungi arus deras membawa makanan untuk penghuni PPS SK Seri Bali.

SEGAMAT – Rintihan mangsa-mangsa banjir yang sudah hampir 48 jam tidak dapat mengalas perut membuatkan seorang bekas askar wataniah tekad meredah arus banjir bagi mencari makanan.

Mohd. Salleh Ishak, 47, yang juga merupakan mangsa banjir berkata, tiada apa yang difikirkannya selain ingin keluar mendapatkan makanan bagi 60 penghuni PPS yang kelaparan.

“Keluarga saya serta kira-kira 60 keluarga lain mula berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali di sini pada awal pagi Rabu lalu.

“Bagaimanapun situasi diluar jangka dan paras air yang tinggi berserta arus deras di laluan masuk ke sekolah ini menyebabkan bantuan tidak boleh dihantar. Kesan daripada kenaikan air tersebut, kesemua mangsa terpaksa menahan lapar selama dua malam di PPS.

“Selepas itu, saya tekad menghubungi beberapa penduduk berhampiran yang tidak terjejas dengan banjir meminta bantuan mereka bagi menyediakan beberapa makanan kepada mangsa banjir di PPS ini,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali, Chaah di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Salleh, dia sememangnya menyedari arus deras banjir boleh membahayakan nyawanya, tetapi itu sahaja ikhtiar terakhir untuk meneruskan hidup.

Ini kerana ketika itu tidak ada bantuan yang dapat masuk ke PPS dan hanya ada jiran-jiran di kawasan berhampiran yang tidak dilanda banjir untuk meminta sedikit makanan di rumah mereka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI