fbpx

4,000 kg bekalan makanan dihantar untuk mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membawa masuk bekalan makanan untuk dihantar kepada penduduk ladang kelapa sawit di Kluang yang terputus hubungan hari ini.

KLUANG – Sebanyak 4,000 kilogram (kg) bekalan makanan sudah dihantar kepada penduduk kampung dan ladang yang terputus hubungan selepas laluan ditenggelami air akibat banjir sejak Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, penghantaran secara berfasa bemula Jumaat lalu menggunakan khidmat Pasukan Gerakan Udara (PGU) dari Subang, Selangor.

Katanya, baki 1,940 kg lagi akan dihantar esok sekiranya keadaan mengizinkan dan jumlah itu melengkapkan keseluruhan bekalan bantuan kepada mangsa yang terputus hubungan di dalam daerah Kluang.

“Bekalan bantuan makanan ini meliputi penempatan bagi Lima perkampungan Orang Asli dan enam ladang kelapa sawit.

“Makanan yang dibekalkan mampu menampung bekalan sehingga tempoh lima hingga tujuh hari bergantung kepada jumlah setiap keluarga,”katanya selepas penghantaran bekalan makanan ke Ladang Zamrud dan Ladang Jawi daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kahang hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI