fbpx

359,742 PerantiSiswa telah diagihkan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD Fahmi Mohamed Fadzil (dua dari kanan) ketika melancarkan MyDIGITAL KKD di UiTM Shah Alam, Shah Alam, Selangor hari ini- - Foto oleh MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI / KOSMO!

SHAH ALAM – Sebanyak 359,742 buah peranti telah diagihkan kepada mahasiswa dan pelajar B40 menerusi program Inisiatif PerantiSiswa.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, ini melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM450 juta dengan peranti itu bagi memudahkan proses dan keperluan pembelajaran mereka.

Katanya, kementerian menerima 474,311 permohonan sejak inisiatif itu dibuka pada April tahun lalu.

“Kami membuat saringan kepada semua permohonan ini kerana mahu pastikan hanya yang benar-benar layak sahaja yang menerima peranti ini.

“Dalam tempoh tiga minggu ini pula, 33,540 buah peranti telah diberikan kepada mereka yang layak,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pengagihan PerantiSiswa serta MyDIGITAL KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di sini, hari ini.

Menurut Ahmad Fahmi, pihaknya akan mempertimbangkan sama ada akan meneruskan Inisiatif PerantiSiswa pada masa akan datang atau tidak.

“Kami dalam proses meneliti permohonan tambahan, padangan atau mungkin maklum balas, kritikan dan sebagainya.

“Pada waktu ini, kami mahu selesaikan baki pengagihan, tiba masa kita akan buat pengumuman,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI