PETALING JAYA – Malaysia Culinary World Cup 2023 yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia baru-baru ini mencipta sejarah baharu apabila seorang wanita tempatan terpilih menjadi hakim pada acara berprestij itu.
Wanita terbabit adalah pengasas kepada produk Nisabakrigourmet, Puan Sri Nisa Bakri yang sememangnya terkenal dari dalam dunia masakan.
Menurut Nisa, beliau sangat teruja apabila terpilih menjadi hakim untuk menjuri kira-kira 500 cef dari 20 buah negara yang telah mempamerkan seni masakan masing-masing.
Jelas beliau, acara tersebut juga akan tercacat dalam Guinness World Records.
“Saya sangat bersyukur kerana terpilih mewakili wanita Malaysia dalam acara Malaysia Culinary World Cup 2023 yang diiktiraf dengan kehadiran para cef dari seluruh dunia teramai.
“Saya tidak sangka dapat menjadi tetamu khas dan hakim kepada ratusan cef yang terkenal dari seluruh dunia. Ia satu penghormat bagi saya dan khususnya wanita Malaysia,” katanya selepas pertandingan tersebut.
Malaysia Culinary World Cup 2023 melibatkan sembilan kategori utama dipertandingkan dengan 62 sub kategori termasuk 40 menu tempatan .
Kategori tersebut antaranya pastry, Malaysian Gastronomy (21 masakan Malaysia termasuk Nasi Lemak, Chicken Rice, Laksa, Burger Malaysia, Ulam, Ikan Sungai Malaysia), sajian India dan Cina.
Pada masa sama, Nisa turut mengalu-alukan pihak yang berminat menjadi stokis kepada produk dan perkhidmatan ditawarkan di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk Nisabakri, sila layari laman sesawang Nisabakrigourmet.com, Instagram, @Nisabakrigourmet, Tiktok: nisabakrigourmet atau Facebook Nisa Bakri Official page-KOSMO! ONLINE