fbpx

Tunang dengan Datuk, Intan Najuwa ‘kunci mulut’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN berjanji tidak akan menyembunyikan berita perkahwinannya kelak, namun enggan berbicara lanjut mengenai dakwaan dia kini bergelar tunangan seorang Datuk.

PETALING JAYA – Pelakon Intan Najuwa mengambil langkah selamat dengan tidak membuka mulut untuk berkongsi apa-apa kenyataan berhubung dakwaan dirinya kini sudah mengikat tali pertunangan bersama seorang lelaki berstatus Datuk seperti yang tular baru-baru ini.

Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abd. Wahid ketika ditemui Kosmo! berkata, dia belum bersedia untuk berkongsi apa-apa hal berkaitan perkara itu buat masa ini.

“Saya minta maaf. Saya rasa belum bersedia untuk berkongsi apa-apa hal berkaitan kisah peribadi. Insya-Allah kalau tiba masanya dan sudah bersedia, saya akan kongsikan.

“Saya minta sangat untuk kalian doakan yang baik-baik sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar pelakon berusia 27 tahun itu lagi, dia mengambil pendekatan mengunci mulut bukan disebabkan trauma atas pengalaman putus tunang yang pernah dilaluinya sebelum ini, namun semuanya dilakukan untuk menjaga kisah peribadi dirinya.

“Saya tidak trauma. Apa yang berlaku sebelum ini adalah pengalaman. Saya kena jaga kisah peribadi saya.

“Itu salah satu caravuntuk mengelak daripada orang berkata yang bukan-bukan dan tidak baik terhadap saya, keluarga dan orang di sekeliling. Saya banyak belajar berdasarkan pengalaman sebelum ini,” katanya.

Kata Intan lagi, buat masa ini dia hanya boleh berkongsi hal berkaitan karier atau bisnes dan akan mengelak untuk bercakap tentang soal peribadi.

Sementara ketika disoal tentang perasaan hatinya buat masa ini, pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu mengakui kini berada dalam fasa bahagia dan gembira.

“Sudah tentu saya kini dalam fasa bahagia dan gembira,” katanya ringkas.

Pada masa sama, Intan turut berjanji untuk tidak berahsia jika dia melangsungkan perkahwinannya nanti dan akan berkongsi berita gembira tersebut kepada semua pihak.

“Kalau saya kahwin nanti, saya akan beritahu dan jemput semua (media). Sebab benda baik. Saya pun tak nak ikat lama-lama (tunang),” katanya ketika ditemui di majlis Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 dan Raya 2023 di hotel St. Regis, Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Intan mengikat tali pertunangan bersama seorang individu berstatus Datuk di kediaman keluarganya di Johor Bahru, Johor.

Sebelum ini, Intan pernah bertunang dengan ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli pada Ogos 2019, namun hubungan terputus di tengah jalan disebabkan tiada persefahaman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI