fbpx

Tanah penempatan haram di Bandar Ainsdale milik syarikat pemaju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah penempatan haram PATI di Negeri Sembilan diserbu dalam operasi bersepadu di sebuah kawasan berhampiran Bandar Ainsdale

SEREMBAN – Sebuah penempatan haram pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diserbu Jabatan Imigresen di Bandar Ainsdale di sini semalam dibina di atas tanah milik persendirian.

Pegawai Daerah Seremban, Mohd. Nizam Tajul Arus berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati tanah tersebut bukan milik kerajaan, sebaliknya milik sebuah syarikat pemaju.

“Tapi kita tidak pasti sama ada pihak pemaju tahu sama ada kawasan itu kini sudah menjadi penempatan warga asing atau tidak dan siasatan lanjut masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Nizam berkata, mana-mana pemilik tanah bertanggungjawab memastikan tanah mereka tidak diceroboh dan dijadikan penempatan haram oleh mana-mana pihak.

Semalam media melaporkan, sebuah lagi penempatan haram PATI di Negeri Sembilan diserbu dalam operasi bersepadu di sebuah kawasan berhampiran Bandar Ainsdale di sini.

Dalam serbuan pukul 1 pagi di kawasan berbukit berkeluasan kira-kira dua padang bola sepak itu berjaya menahan 32 orang PATI yang terdiri daripada 16 orang lelaki, 15 wanita dan seorang kanak-kanak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI