fbpx

Tak peduli penghadang ditutup, motosikal nyaris dirempuh tren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu tersebut mengelak penghadang, melanggar lampu isyarat merah dan melintasi laluan lintasan kereta api. - PA

LONDON – Seorang penunggang motosikal dan pembonceng nyaris dirempuh sebuah kereta api yang dipandu pada kelajuan 112.65 kilometer sejam di Sussex Barat, England, lapor akhbar The Sun.

Dalam kejadian yang dirakam sistem televisyen tertutup (CCTV), pasangan tersebut mengelak penghadang, melanggar lampu isyarat merah dan melintasi laluan lintasan kereta api pada 21 Februari lalu.

Pemandu perkhidmatan kereta api dari Brighton ke Southampton pada pukul 2.30 petang (waktu tempatan) itu terpaksa memberhentikan tren secara mengejut dan menenangkan dirinya sebelum meneruskan perjalanan. Ia menyebabkan kelewatan kepada para penumpang yang menaiki kereta api tersebut.

Pengarah rangkaian Network Rail untuk Sussex, Lucy McAuliffe berkata: “Dua kematian hampir berlaku di landasan kereta api minggu lalu.”

Sementara itu, Inspektor Polis Pengangkutan British (BTP), Emma Boulton berkata, penunggang tersebut secara terang-terangan tidak mengendahkan lampu merah di hadapannya.

“Mereka hanya beberapa saat terlepas daripada rempuhan yang benar-benar dahsyat dan pasti akan membawa maut sekiranya terjadi,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI