fbpx

Sindiket seleweng diesel berselindung di sebalik perniagaan jubin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMALLUDIN (kanan) melihat tangki berisi minyak disyaki diesel yang dirampas dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Sri Rapat di Ipoh semalam.

IPOH – Satu sindiket penyelewengan diesel yang berselindung di sebalik perniagaan jubin, tumpas selepas tertangkapnya tiga individu dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Sri Rapat di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan terbabit dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang selepas risikan dan pemantauan selama dua minggu.

Katanya, modus operandi sindiket itu adalah dengan melakukan pembelian bahan bakar tersebut di stesen minyak sekitar Ipoh menggunakan lori bertutup kanvas.

“Dua buah lori yang diubahsuai tangki asal digunakan untuk mengisi minyak sebelum disalurkan kepada tangki lain yang turut di bawa bersama.

“Kenderaan itu kemudiannya akan ke satu lokasi di kawasan perindustrian di Ipoh untuk memindah dan menyimpan minyak disyaki diesel di premis yang berselindung di sebalik tanda perniagaan menjual jubin,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut di tempat kejadian menjumpai 83 tangki segiempat berisi minyak disyaki diesel dianggarkan sebanyak 8,000 liter.

“Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh ditahan, manakala dua buah lori bertutup kanvas serta tiga buah mesin penyedut atau pam dirampas. Kesemua barang yang dirampas dianggarkan bernilai RM121,425,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI