fbpx

Sambut hari jadi anak 5 tahun di Dubai, jumpa Salt Bae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aktiviri Muhammad Luth ketika menyambut hari jadinya yang ke lima di Dubai, UAE baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pengasas kosmetik, Sheilanan sanggup membawa anak lelakinya, Muhammad Luth Akbar ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menyambut hari jadinya yang ke lima.

Menerusi perkongsian satu klip video di media sosialnya, memaparkan percutian mewah tersebut yang menjadi sebutan orang ramai.

Berdasarkan video berdurasi 32 saat itu, menunjukkan Muhammad Luth menaiki kapal terbang menduduki kelas bisnes selain menikmati hidangan di restoran terkemuka Nusr-et sambil ditemani Salt Bae.

Muhammad Luth juga sempat menaiki helikopter mengelilingi bandar Dubai, bersiar dengan bot sekitar Atlantis, The Palm, serta mengunjungi padang pasir menunggangi unta.

Lebih mengujakan, selain besar dan selesa, bilik Muhammad Luth juga berlatar belakangkan pemandangan ikonik Dubai iaitu bangunan pencakar langit Burj Khalifa.

Hantaran tersebut kini meraih sebanyak 2.4 juta tontonan dengan 2.2 juta tanda suka serta 22,400 komen.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai mengucapkan selamat hari jadi kepada Muhammad Luth dan berkongsi kegembiraan atas percutian mewah berkenaan.

“Happy Birthday (selamat hari jadi) adik, semoga panjang umur dan dimurah rezeki serta sihat selalu. Dengar cakap mak dan ayah okey,” ucap Nish.

“Rezeki kamu sayang. Lain orang, lain rezekinya kawan-kawan. Ikut kepada kemampuan masing-masing,” ujarnya Syeera.

“Selamat hari jadi adik. Untung dapat mak macam ini. Jaga mak kamu elok-elok sampat tua,”luah Amira.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI