fbpx

Pelajar terpaksa catu makanan, rakan rumah ‘kebas’ mi segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Segelintir pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bukanlah berlatarkan keluarga senang dan ada yang terpaksa mencatu makanan bagi kelangsungan hidup sepanjang belajar.

Baru-baru ini, seorang pelajar meluahkan rasa kecewa apabila rakan serumahnya sering mengambil bekalan makanannya tanpa meminta izin terlebih dahulu.

“Saya bukan marah bila mereka ambil megi (mi segera) atau telur saya, tapi macam mana saya nak makan nanti,” luahnya menerusi satu perkongsian mesej yang dikongsikan oleh portal @ConfessTweetMY di Twitter.

Tangkap layar luahan seorang pelajar yang dikongsikan di Twitter

Menurut pengadu itu, dia berbelanja dengan hanya menggunakan baki wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas ditolak membayar yuran pengajian serta sewa rumah.

“Saya tak dapat duduk kolej kediaman, sem satu sahaja dapat, sem dua dah kena duduk luar. Jadi duit PTPTN memang cukup-cukup bayar yuran dan sewa rumah bulanan.

“Saya terpaksa catu makanan beli megi (mi segera), beras dan telur, itu sahaja la setiap hari, makanan itu cukup-cukup untuk saya teruskan hidup, tak lebih tak kurang.

“Tapi saya sedih sangat bila housemate (rakan serumah) cakap saya kedekut bila tegur mereka ambil makanan saya.

“Mereka kebanyakan ibu bapa mereka ada bagi elaun makanan setiap bulan, saya tak ada, PTPTN sahaja. Sedih jadi miskin serba serbi kurang, tapi lagi sedih orang sekeliling tak faham,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi hampir sama seperti yang diceritakan pengadu.

“Saya masa belajar dulu pun ada rakan bilik jenis suka ambil makanan saya senyap-senyap, nak makan minta la izin tuan badan dulu, ini tak, yang saya jumpa plastik makanan saya dalam tong sampah dia, nak marah takut bermusuh satu bilik pula,” kongsi Syarifah.

“Kesian, ramai pelajar terpaksa catu makanan, duit cukup-cukup untuk tampung belajar, makan sehari sekali sahaja, tapi sekarang kebanyakan universiti atau kolej ada sedia ‘food bank’ untuk pelajar memerlukan,” kata Aziani Natasya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI