fbpx

Najib bebas, Puad persoal gelaran ‘Datuk’ Nor Salwani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Puad (kiri) dan Nor Salwani (kanan).

PETALING JAYA – Ahlis Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan gelaran Datuk yang diterima Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus, Jabatan Audit Negara Nor Salwani Mohd.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi semalam melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy terhadap pertuduhan meminda laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB)., tujuh tahun lalu.

Katanya, sebelum ini bekas Ketua Audit Negara, Tan Seri Ambrin Buang juga telah menafikan bahawa audit itu dipinda.

“Mahkamah semalam membebaskan Najib dan Arul Kanda sepenuhnya atas tuduhan meminda draf audit 1MDB. Kalau ia pun, apakah meminda draf tidak boleh seperti meminda draf ucapan bajet sebelum jadi draf terakhir.

“Ironinya, Nor Salwani dapat gelaran Datuk kerana jasanya simpan salinan asal laporan audit 1MDB tersebut dan disahkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul. Apakah Kes Najib dan Arul Kanda buang masa dan penganiayaan?” soal Puad dalam kenyataan hari ini

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, beliau juga berasa hairan apabila pihak pendakwaan memohon untuk meminda pertuduhan.

“Lagi pelik pihak pendakwa sendiri memohon pinda pertuduhan daripada meminda laporan terakhir kepada meminda draf. Memang kartun dan buang masa empat tahun,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI