fbpx

MHO terima 330 aduan penipuan pembelian saham, kerugian lebih RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hishamuddin ketika mengadakan sidang media di luar perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini. -FOTO SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa (MHO) menerima sebanyak 330 aduan berhubung penipuan pembelian saham melibatkan kerugian lebih RM100 juta sejak tahun 2021.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, aduan itu dibuat ke atas sebuah syarikat yang didakwa disenarai di Bursa Malaysia.

Katanya, kesemua mangsa menyatakan bahawa mereka tertarik dengan tawaran saham ini apabila dijanjikan dengan pulangan dividen sehingga 18 peratus setahun atau 1.8 peratus setiap bulan kepada setiap ‘subscriber’ yang membeli saham tersebut.

“Masalah mulai timbul apabila mangsa tidak lagi menerima bayaran dividen bermula pada Mei 2022. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mangsa seterusnya dimaklumkan bahawa syarikat tersebut akan membuat ‘Early Redemption’ ke atas saham yang telah dibeli oleh mangsa.

“Namun begitu, tidak ada apa-apa bayaran yang telah diterima oleh mangsa semenjak daripada Mei 2022 sehingga ke hari ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini.

Katanya, modus operandi yang dilakukan oleh syarikat berkenaan adalah dengan memaklumkan kepada mangsa bahawa mereka mendapat kelulusan bagi menjalankan pelaburan selamat serta patuh syariah oleh Suruhahjaya Sekuriti Malaysia.

Tambahnya, beliau percaya setakat ini seramai 700 individu di seluruh negara tertipu daripada pembelian saham membabitkan kerugian dianggarkan berjumlah RM150 juta.

“Sejak dua minggu lalu, seramai 150 individu telah tampil membuat laporan polis berhubung isu berkenaan,” katanya.

Sementara itu, mangsa, Zakirah Yaakob, 30, berkata, dia tertarik untuk menyertai pelaburan saham berkenaan selepas diperkenalkan oleh rakan yang juga ejen syarikat pelaburan itu pada 2021.

“Saya mula melabur di syarikat berkenaan sejak Oktober 2021 selepas pinjaman peribadi berjumlah RM100,000 diluluskan.

“Separuh (RM50,000) daripada pinjaman itu saya gunakan untuk melabur di syarikat berkenaan, manakala bakinya, saya gunakan untuk melabur saham dengan individu lain,” katanya.

Jelasnya, beliau turut menerima dividen sebanyak RM1,500 setiap bulan sejak Januari hingga April tahun lalu, dia tidak lagi menerima dividen dengan syarikat tersebut mula memberikan pelbagai alasan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI