fbpx

Mangsa banjir meningkat kepada 2,317 orang di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN banjir di Kampung Aur di Rompin.

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Pahang terus menunjukkan trend peningkatan apabila 2,317 orang dipindahkan berbanding 2,031 orang yang direkodkan semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa daripada 706 keluarga itu ditempatkan di 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah negeri ini.

“Daerah Rompin masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu sebanyak 1,905 orang yang ditempatkan di 16 PPS diikuti daerah Temerloh sebanyak 254 mangsa dan Pekan sebanyak 106 mangsa.

“Tiga lagi daerah iaitu Bera merekodkan 29 mangsa, Maran (13 mangsa) dan Jerantut merekodkan 10 mangsa,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya pada masa ini empat sungai merekodkan paras bahaya iaitu Sungai Triang di Bera, Sungai Pahang di Maran, Sungai Pahang di Pekan dan Sungai Keratong di Rompin,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI