fbpx

KWSP umum dividen 5.35 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI BULOH – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 2022 sebanyak 4.75 peratus bagi Simpanan Shariah dan 5.35 peratus untuk Simpanan Konvensional melibatkan jumlah pembayaran keseluruhan RM51.14 bilion.

Dividen tersebut lebih rendah berbanding tahun 2021 yang menyaksikan bagi Simpanan Konvensional adalah sebanyak 6.10 peratus, manakala 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah.

Pada masa sama, KWSP turut merekodkan jumlah pendapatan pelaburan kasar lebih rendah sebanyak RM55.33 bilion, berbanding RM68.89 bilion pada 2021, didorong oleh ketidaktentuan pasaran serta penilaian pasaran ekuiti dan pendapatan tetap yang lebih lembab.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ketika membentangkan taklimat prestasi kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pengkreditan dividen untuk kedua-dua simpanan akan dilaksanakan bermula hari ini.

“Ahli boleh menyemak akaun mereka melaui i-Akaun atau mendapatkan penyata dari Sel-Service Terminal (SST) KWSP di cawangan KWSP seluruh negara,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI