fbpx

Kami reda setiap tahun hadapi banjir – penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD SYAFIE bersama isteri dan anak-anaknya sedang menjamah makanan yang disediakan di PPS Kampung Parit Markom, Benut, Pontian.

PONTIAN – Penduduk di Kampung Parit Yassin, kira-kira 500 meter dari Sungai Pinggan, Benut di sini reda dan terima ujian banjir hampir setiap tahun.

Seorang ibu tunggal, Esah Othman, 68, berkata, dia bersama tiga lagi rumah jirannya terpaksa menghadapi banjir apabila hujan turun dengan lebat dalam tempoh beberapa jam ditambah dengan air pasang yang berlaku.

“Apabila berlaku banjir, semua barangan di dalam rumah seperti perabut, peralatan elektrik dan sebagainya akan mengalami kerosakkan disebabkan air memasuki semua ruang rumah.

“Setiap tahun terpaksa berhadapan dengan banjir dan mengalami banyak kerugian disebabkan banyak barangan rumah yang rosak,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Parit Markom, Benut, di sini.

Sementara itu, pasangan suami isteri, Ahmad Syafie Abd. Rahman, 30, dan isteri, Azian Panni, 32, yang baru berpindah ke Kampung Parit Bachok tidak menduga akan menjadi mangsa banjir dan terpaksa berpindah ke PPS.

Katanya, hujan lebat pada 1 Mac lalu menyebabkan keseluruhan rumahnya dari dapur, bilik dan ruang tamu telah dimasuki air sehingga paras buku dan telah diarah berpindah dengan segera.

“Bimbang dengan keselamatan keluarga terutama 3 orang anak yang masih kecil, kami akur dengan arahan yang dikeluarkan untuk berpindah ke PPS di SK Parit Markom ini,” ujarnya-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI