fbpx

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 39,476 di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah penduduk di Kampung Contoh, Kluang ditenggelami banjir berikutan hujan sejak Isnin lalu.

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa banjir meningkat kepada 39,476 orang daripada 11,463 keluarga setakat pukul 4 petang tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah mangsa banjir itu meningkat berbanding 37,258 orang daripada 10,792 keluarga pada pukul 12 tengah hari.

“Segamat yang menjadi daerah terburuk dilanda banjir terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa banjir kepada 13,583 penduduk diikuti Batu Pahat (9,385), Kluang (5,299), Muar (3,492) dan Kota Tinggi (3,349).

“Ini diikuti Tangkak (2,664), Mersing (763), Johor Bahru (566) dan Pontian (379). Kesemua mangsa ditempatkan di 247 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah di negeri ini kecuali Kulai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memberitahu, setakat ini sebanyak 39 PPS telah ditutup di sembilan daerah terbabit dan jumlah mangsa korban akibat banjir di negeri ini seramai empat orang iaitu satu kes di Kluang dan tiga kes di Segamat.

Kata beliau, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan sebahagian besar negeri ini berada di bawah amaran buruk untuk amaran hujan berterusan, manakala Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian pula menunjukkan amaran waspada.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI