fbpx

Gantung seluar dalam pada kabel elektrik sebagai protes projek perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih 30 seluar dalam dan kasut wanita digantung pada talian elektrik. - Facebook

BANGKOK – Seorang wanita bertindak menggantung seluar dalamnya pada kabel elektrik sebagai protes terhadap syarikat pembinaan yang membanjiri tanahnya dengan air sisa toksik di wilayah Samut Prakarn, Thailand, lapor laman berita Thaiger semalam.

Rakaman kejadian yang dimuat naik akaun TikTon @songthaow memaparkan lebih 30 helai seluar dalam selain kasut digantung pada kabel elektrik.

“Boleh sesiapa beritahu saya untuk apa seluar dalam ini? Ia digantung pada ketinggian empat hingga lima meter dari tanah. Adakah berkaitan sebarang amalan khurafat?” demikian menurut keterangan video berkenaan.

Media kemudian melaporkan bahawa lokasi kejadian itu berlaku di hadapan skim perumahan kampung mewah baharu berhampiran Soi King Kaew 13 di daerah Bang Pli.

Beberapa netizen mendakwa seluar dalam dan kasut itu sudah digantung selama beberapa tahun oleh pemilik tanah yang dikenali sebagai Sompong, 63.

Ketika ditemu bual oleh stesen televisyen Channel 7, Sompong mendakwa perbuatan itu sebagai protes terhadap perkampungan mewah yang menimbulkan banyak masalah sejak ia dibina.

“Bunyi bising dari tapak pembinaan membuatkan saya terjaga pada waktu malam. Kampung itu juga mengeluarkan air buangan ke tanah saya.

“Saya tidak boleh menanam sebarang tumbuhan dan ikan saya mati. Saya tidak boleh mencari rezeki!” katanya.

Sompong berkata dia memfailkan aduan terhadap jabatan kerajaan tetapi tidak mendapat sebarang perkembangan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI