fbpx

Gabenor Filipina ditembak mati ketika sampaikan sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roel Degamo sedang menyampaikan sumbangan kepada penduduk kawasannya apabila beliau ditembak. – Facebook

MANILA – Seorang gabenor wilayah tengah Filipina dan lima individu lain ditembak mati oleh beberapa penyerang yang tidak dikenal pasti hari ini dalam serangan terbaharu melibatkan pegawai tempatan.

Polis berkata, enam suspek membawa raifal dan berpakaian seragam sama seperti yang dipakai oleh anggota perkhidmatan bersenjata memasuki rumah gabenor berkenaan di bandar Pamplona lantas melepaskan tembakan.

Mangsa, Roel Degamo, yang merupakan Gabenor wilayah Negros Oriental dan lima yang lain terbunuh dalam tembakan itu.

“Mendiang tidak sepatutnya ditembak mati seperti itu. Beliau sedang berkhidmat kepada para pengundinya hari ini,” kata balu Roel, Janice Degamo yang juga merupakan Datuk Bandar Pamplona.

Sementara itu, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos menyelar tindakan yang dianggap sebagai pembunuhan rakan politiknya dan memberi amaran agar penyerang menyerah diri.

“Kerajaan saya tidak akan berehat selagi kami tidak membawa semua suspek ke muka pengadilan,” katanya.

Seorang jurucakap polis, Kym Lopez dalam pada itu memberitahu AFP bahawa Roel sedang menyampaikan sumbangan kepada penduduk kawasannya apabila beliau ditembak.

Polis sedang memburu 10 suspek termasuk enam penyerang yang melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan ulititi sukan (SUV) dan trak pikap sebelum meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI