fbpx

DBKL tutup 2 premis dikendali pekerja warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa DBKL menutup dua premis kerana membenarkan pembantu warga asing mengendalikan perniagaan.

PETALING JAYA – Sebanyak dua premis perniagaan diarah tutup serta-merta oleh Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana dikendalikan oleh pekerja warga asing.

DBKL dalam kenyataan berkata, serbuan itu dilakukan melalui Tindakan Khas Aktiviti Perniagaan Warga Asing sekitar Kompleks Pasar Borong Kuala Lumpur, semalam.

“Sebanyak dua premis dikenakan tindakan penutupan serta merta dan notis kompaun kerana membenarkan pembantu premis warga asing mengendalikan perniagaan.

“Selain itu, sebanyak tujuh tindakan sita dan pindah barangan turut dibuat terhadap aktiviti penjajaan tanpa lesen yang menjual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan di tepi jalan dan kaki lima premis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, tindakan tutup dan pemberian notis kompaun ke atas dua premis terbabit dibuat di bawah Seksyen 101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI