PASTINYA bola sepak dan air bertenaga sudah menjadi kelaziman yang tidak dapat dipisahkan oleh rakyat di negara ini termasuk jenama Carabao.
Para peminat bola sepak terutamanya di peringkat Eropah sudah tentu tahu mengenai pertandingan Piala Liga Inggeris (EFL) yang dikenali dengan Piala Carabao susulan hadir sebagai penaja.
Menyemarakkan aksi final akhir Piala Carabao baru-baru ini, Carabao Malaysia telah menerbangkan 10 peminat setia bola sepak negara ini yang merupakan pemenang bertuah ke London untuk menyaksikan perlawanan akhir antara Manchester United dan Newcastle di Stadium Wembley.
Pada aksi final tersebut, United berjaya menjulang Piala Carabao selepas memusnahkan harapan Newcastle yang berusaha menamatkan kemarau 68 tahun The Magpies tanpa piala domestik sejurus rebah 2-0 kepada skuad The Red Devils.
Menariknya, penantian enam tahun United untuk menjulang trofi kemenangan akhirnya tercapai, sekali gus memberikan keyakinan kepada skuad kendalian Erik Ten Hag untuk memburu lebih banyak trofi ke Old Trafford.
Carabao Malaysia nyata gembira selepas menyaksikan 10 pemenang bertuah dari Malaysia menyaksikan kejayaan United secara langsung menjulang kejuaraan di Stadium Wembley bersama lebih 80,000 penyokong yang membanjiri stadium pada hari tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Carabao Malaysia, Tan Kai Hong berkata, bola sepak adalah sukan paling diminati di seluruh dunia dan berharap perlawanan akhir penuh mendebarkan yang dibawa khas oleh Carabao selaku penaja utama dapat memberi 1001 makna kepada peminat bola sepak.
Beliau turut menjelaskan, selepas ini terdapat banyak lagi kejutan akan dibawa Carabao Malaysia terutama menghargai pelanggan mereka dan juga peminat setia minuman air Carabao pada edisi akan datang.
“Kami amat berharap dapat meneruskan Piala Carabao, sekali gus dapat menyemarak semangat pemain-pemain muda bola sepak tempatan. Misalnya, ketika ini Carabao Malaysia menjalani kerjasama dengan Kerteh FC dalam mencungkil bakat-bakat pemain muda.
“Saya yakin terdapat banyak lagi kejutan oleh Carabao Malaysia untuk menghargai pelanggan kami. Ini adalah permulaan buat Carabao Malaysia, jadi saya harap peminat atau pelanggan sentiasa mengikuti perkembangan kami.
“Seramai 10 pemenang bertuah dari Malaysia sudah merasai dan menikmati pengalaman mereka di London. Mana tahu selepas ini giliran anda semua menikmati pelbagai kejutan yang akan dibawa oleh Carabao.
“Apa pun, kami ingin mengucapkan tahniah kepada peminat setia Manchester United kerana pasukan anda menjuarai Piala Carabao.
“Pendirian Carabao Malaysia adalah selaras dengan misi global iaitu meneruskan usaha menjadi produk dan jenama kelas dunia sebagai ‘World Class Product, World Class Brand’,” katanya kepada Kosmo!.
Sebagai rekod, pertandingan EFL ditaja oleh Carabao dan piala tersebut dikenali sebagai Piala Carabao sejak tahun 2017 hingga sekarang.
Sementara itu, pemenang tunggal wanita dari Johor Bahru, Nurul Wahieda Muhammad Farid mengakui teruja dan gembira dengan peluang yang diberikan oleh Carabao Malaysia untuk menyaksikan perlawanan final di Wembley.
Wahieda yang juga merupakan pemilik Kelab Bola Sepak FM (FMJB) mengucapkan terima kasih kepada Carabao Malaysia dan berharap lebih banyak peraduan seperti itu dianjurkan.
“Bagi saya ini satu pengalaman yang saya tidak boleh lupakan. Saya harap Carabao dapat membawa lebih banyak pemenang ke London. Mana tahu saya mampu bawa keluarga dan pasukan saya ke London tahun depan,” ujarnya.
Air bertenaga Carabao dikategori sebagai minuman tenaga bukan berkarbonat, minuman tenaga yang diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan mengandungi taurine, kafein dan vitamin B6 serta B12 untuk meningkatkan metabolisme bagi menghasilkan tenaga dan mengurangkan keletihan serta kelesuan.
Minuman tenaga Carabao mudah didapati di semua kedai utama termasuk stesen minyak Petron, BHPetrol, Caltex, Mynews, KK Mart, NSK Trade City, Checkers Hypermarket, pasaraya, pasaraya besar, kafe dan kedai runcit.