fbpx

Bukan hina Menu Rahmah, hanya mahu makan nasi berkuah- Hanafiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap tayar video Hanafiah mencurah air oren ke dalam makanan yang tular di media sosial sejak semalam.

KEMAMAN – Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat menafikan dakwaan beliau memperlekeh hidangan Menu Rahmah berikutan penularan sebuah video di media sosial semalam.

Beliau menegaskan tidak pernah terlintas untuk menghina inisiatif kerajaan bagi meringankan beban sara hidup rakyat berkenaan.

“Saya hanya sebut sedang makan nasi bersama ikan goreng dan sayur tanpa kuah. Tiada satu perkataan pun dalam video tersebut saya sebut tentang Menu Rahmah. Sebab kebiasaan saya makan dengan berkuah sebab itu curah air (oren) untuk dijadikan kuah,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu video berdurasi 17 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok Hanafiah tular sehingga mendapat kecaman ramai ekoran didakwa seakan-akan menghina hidangan Menu Rahmah.

Video tersebut telah disembunyikan daripada tatapan awam daripada akaun TikTok beliau tidak lama kemudian namun sempat disimpan sebelum dimuat naik semula oleh pihak lain.

Hanafiah menegaskan beliau tidak berniat menghina makanan dengan melakukan demikian malah menikmati hidangan itu sehingga habis.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai dari Pas itu kesal dengan penyebaran video tersebut yang dianggapnya telah disalah erti dan berniat cuba menjatuhkan reputasinya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI