fbpx

17 maut depoh simpanan bahan api terbakar di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha memadamkan kebakaran yang merebak ke rumah penduduk dari depoh bahan api milik syarikat Pertamina, di Plumpang, Jakarta semalam. - AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala berpuluh-puluh lagi cedera selepas satu kebakaran besar berlaku di depoh penyimpanan bahan api milik pemerintah di Plumpang, Jakarta. 

Api yang marak membakar beberapa rumah berdekatan, menyebabkan orang ramai melarikan diri dalam keadaan panik sekali gus memaksa operasi pemindahan di kawasan perumahan berhampiran depoh yang dikendalikan oleh syarikat tenaga Indonesia, Pertamina, di utara Jakarta.

Jabatan bomba dan penyelamat Jakarta berkata, 17 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh dalam kebakaran yang turut mencederakan sekurang-kurangnya 50 lagi.

“Sebilangan mereka yang terbunuh dan cedera melecur teruk akibat kebakaran,” kata Ketua Jabatan Bomba, Satriadi Gunawan.

Punca kebakaran yang bermula selepas pukul 8 malam (waktu tempatan) itu bagaimanapun masih belum diketahui.

Api berjaya dipadamkan beberapa jam selepas kebakaran bermula, kata ketua kakitangan tentera, Dudung Abdurachman.

Jelas Satriadi, anggota bomba kini berusaha ‘menyejukkan’ kawasan kebakaran selepas api berjaya dikawal.

Dudung dan syarikat Pertamina kini berusaha menyiasat punca kejadian. 

“Pertamina memberi tumpuan untuk mengendalikan kebakaran dan memindahkan pekerja serta penduduk berhampiran ke lokasi lebih selamat,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI