fbpx

Zarina Anjoulie, bekas tunang kembali bercinta?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANJU dan Elzey hanya kekal sebagai sahabat.

PETALING JAYA – Aktres sensasi Zarina Anjoulie tidak akan kembali menjalin hubungan cinta dengan bekas tunangnya yang juga seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Khazrul Elzey selepas melalui fasa penuh drama sebelum ini.

Biarpun secara rasmi telah berpisah, dia yang mesra disapa sebagai Anju itu bertegas hubungan mereka akan kekal baik namun tidak bermakna harus kembali sebagai pasangan kekasih.

“Sudah putus tidak bermakna menjadi musuh tetapi tidak seharusnya juga perlu kembali bersama.

“Apa yang penting ialah kami berdua sudah move on (bergerak ke hadapan) dan gembira dengan keputusan untuk kekal berkawan,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory.

Tidak berdendam, pelakon drama Anak Pontianak itu turut mendoakan bekas tunangnya menemui wanita lain yang lebih baik selepas ini.

“Saya harap dia akan bertemu dengan seseorang lebih baik satu hari nanti dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia dan anak-anaknya.

“Jadi, bolehlah berhenti bercerita tentang kami kembali semula,” ujarnya.

Ujarnya lagi, dia juga menerima amaran daripada segelintir individu yang melarang untuk kembali menjalin hubungan dengan Khazrul.

“Kalau kembali semula dengan bekas tunang, mungkin semua netizen akan cekik saya sebab ramai sudah beri amaran,” katanya lagi.

Terdahulu, kisah putus tunang Anju dan Khazrul menjadi tumpuan ramai apabila kedua-duanya saling berbalah antara satu sama lain dalam media sosial.

Namun, persengketaan antara mereka berakhir selepas Khazrul membuat permohonan maaf terbuka termasuk bertemu dengan keluarga Anju pada 24 Februari lalu.

Permohonan maaf tersebut dilakukan selepas aktres terbabit menggesanya untuk tampil memohon maaf kepada keluarganya selain perlu membuat siaran langsung bagi menjernihkan kembali semua dakwaan yang menimbulkan fitnah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI