fbpx

ADUN didakwa perlekeh Menu Rahmah, tuang air oren jadi kuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan seorang ADUN memperlekehkan Menu Rahmah dengan menuang air oren menggantikan kuah.

PETALING JAYA – Tindakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ‘memperlekeh’ Menu Rahmah dilihat kurang sopan dan memalukan oleh pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di laman aplikasi TikTok memaparkan ADUN terbabit menuang air oren ke atas nasi yang dimakannya.

Klip video berdurasi 15 saat itu menunjukkan ADUN terbabit seolah-olah tidak berpuas hati dan berkongsi kekurangan pada Menu Rahmah itu.

“Ikan seekor, sayur dua keping kuah tak ada pula. Ni lihat aku letak kuah dia air oren, baru ada rasa nasi sikit, jadilah,” katanya dalam video tersebut.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam tindakan ADUN terbabit yang didakwa mereka sangat memalukan dan menghina rezeki yang ada didepannya.

“Bukan semua orang kaya dan mampu macam YB nak makan sedap.”kata Jack Sepirow

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Sunnah Wahyu.

“Orang susah sangat-sangat bersyukur dpt makan macam tu,” katanya.-KOSMO! ONLINE\

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI