fbpx

Zlatko Dalic pertikai kredibiliti FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MODRIC menjadi satu-satunya pemain Croatia yang tercalon dalam senarai Anugerah The Best FIFA ketika mereka berjaya ke separuh akhir Piala Dunia Qatar lalu. – AFP

PARIS – Ketua Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic menuduh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak menghormati wira Piala Dunia negara itu dan mendedahkan beliau tidak diberikan peluang membuat undian untuk Anugerah The Best.

Pada majlis berkenaan, kapten pasukan, Luka Modric tersenarai sebagai antara calon pemain terbaik, namun Dalic tidak berada dalam senarai untuk anugerah jurulatih terbaik.

Dalic merasakan beberapa pemainnya seperti Mateo Kovacic, Josko Gvardiol dan Dominic Livakovic berhak mendapat pengiktirafan terutamanya selepas pres­tasi baik pada Piala Dunia 2022.

“Jika pemain atau jurulatih dari England, Brazil, Sepanyol, Jerman atau Itali mendapat keputusan sama dengan kami, mereka pasti akan berada dalam senarai pendek untuk setiap anugerah bola sepak.

“Saya mahu lebih banyak penghormatan untuk pasukan kebangsaan, pemain dan saya sendiri kerana apa yang kami kecapi lebih daripada berhak untuk mendapat pengiktirafan.

“FIFA sepatutnya mempromosikan fakta bahawa negara kecil seperti Croatia boleh menentang negara lebih besar di peringkat dunia,” katanya.

Malah, Dalic tanpa berselin­dung kecewa dengan sikap FIFA menjadikan Croatia seperti ‘anak tiri’.

“Kami adalah antara pasukan yang berada dalam kelompok empat terbaik di Piala Dunia Qatar dan Liga Negara-Negara Eropah ketika ini.

“Kami menjadi bahan berita utama di seluruh dunia dengan cara memenangi perlawanan menentang lawan lebih kuat seperti Brazil, malah memenangi pingat dalam dua edisi Piala Dunia.

“Selepas melihat calon untuk Anugerah Pemain Terbaik, selain Luka Modric, di mana lagi pemain lain dari Croatia?” soalnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI