fbpx

Wanita dikecam beri bayi 10 bulan hisap vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi lelaki berusia 10 bulan itu tersedak selepas diberi vape. - News.com.au

CANBERRA – Seorang wanita memuat naik sebuah klip video di media sosial yang memaparkan situasi dia memberi bayinya menghisap vape, lapor akhbar New York Post

Berdasarkan rakaman tersebut, seorang wanita didengari bertanya kepada seorang bayi lelaki, ‘Mahu cuba?’, sebelum memasukkan vape ke dalam mulutnya.

Dalam video lain, seorang rakan kepada wanita tersebut ketawa selepas bayi berusia 10 bulan itu tersedak ketika menyedut asap.

Polis New South Wales di Australia telah memuat naik video tersebut dan memeriksa keadaan seorang bayi di Mid-North Coast. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Orang ramai di ruangan komen menggesa bayi itu diambil daripada ibunya.

“Siapa yang tergamak memberi anak mereka hisap vape? Sila matang dan jadi ibu yang lebih baik,” komen seorang netizen.

Bagaimanapun, wanita itu mempertahankan dirinya ketika membalas komen netizen.

“Semua orang bercakap mengenai saya dan bayi saya, lihat sendiri latar belakang diri sendiri. Anda juga tidak sempurna jadi teruskan mengkritik, anda juga tidak berguna,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI