fbpx

Tindakan segelintir ahli politik ancam keharmonian pelbagai agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YU MAN (depan, lima dari kiri) bergambar bersama tetamu di Program Harmoni peringkat negeri Pahang di Sang Riang di Bera semalam.

BERA – Sikap segelintir ahli politik yang tidak menjaga sensitiviti agama menjadi cabaran utama dalam memastikan keharmonian rakyat pelbagai kaum dan agama dalam negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Leong Yu Man berkata, tindakan segelintir ahli politik yang cuba menghasut dan melaga-lagakan rakyat tanpa menjadi ancaman kepada keharmonian antara agama dan kaum yang telah lama kekal di negara ini.

“Selama ini, bagi saya, masyarakat kita tiada masalah pun untuk hidup bersama. Mereka bersatu padu dan hidup dalam keharmonian.

“Namun, tindakan segelintir pemimpin politik ini ada yang tidak bertanggungjawab yang menghasut dengan kata-kata yang dilontar, tanpa menjaga sensitiviti setiap kaum dan agama,” katanya selepas merasmikan Program Harmoni Peringkat Negeri Pahang Tahun 2023 di Rumah Kebajikan Sang Riang di sini hari ini.

Menurut Yu Man, pemimpin politik seharusnya mengelak menimbulkan perpecahan antara masyarakat berbilang kaum dan perlu peka dengan kepercayaan penganut agama di negara ini.

Sementara itu, Yu Man berkata, Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang (Sang Riang) yang mengamalkan konsep keharmonian pelbagai kaum adalah contoh terbaik kepada rumah-rumah kebajikan di Pahang.

Jelasnya lagi, konsep rumah Kebajikan Sang Riang yang memberi peluang mengenali nilai kesejahteraan antara penghuni dan menghormati kepercayaan pelbagai agama perlu diperluaskan ke rumah-rumah kebajikan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI