fbpx

Rugi hampir 7 juta angkara skim penipuan pelaburan ‘Sencapital’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Sebanyak 42 laporan diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung skim penipuan pelaburan ‘Sencapital’ dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM6,718,395.70.

Menurut Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, skim pelaburan berkenaaan dipercayai aktif sejak penghujung tahun 2022 yang mana menawarkan pelaburan berasaskan pembelian saham.

“Pelabur yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan aplikasi Whatsapp yang dinamakan sebagai ‘JP Morgan Business School’.

“Pelabur kemudian diminta mendaftar dan membeli saham yang ditawarkan melalui laman sesawang syarikat itu bagi tujuan pembayaran dan seterusnya diminta melakukan pemindahan wang ke beberapa akaun syarikat yang berbeza.

“Bermula Februari 2023, laman sesawang Sencapital tidak lagi aktif dan pelabur tidak dapat mengeluarkan wang yang telah dilaburkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Bagi individu yang menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tersebut, sila tampil membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Kami mengingatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan atau simpanan yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI