PENDEDAHAN seorang individu berhubung kekerasan yang dilakukan penyanyi Youngbin terhadap seorang wanita dipercayai kekasihnya dalam satu pergaduhan baru-baru ini ternyata mengundang padah.
Individu berkenaan turut memberitahu wanita terbabit hampir mati ketika pergaduhan apabila lehernya dihentak selain telefon bimbitnya turut dirampas.
Selepas didapati mencederakan bekas kekasihnya, pihak pengurusan Blank2Y, Keystone Entertainment mengambil keputusan menggugurkan nama Youngbin daripada Blank2y demi imej dan nama baik.
Menurut agensi, pihak Keystone Entertainment telah menjalankan siasatan terperinci terhadap dakwaan yang timbul sebelum mengambil sebarang tindakan.
“Agensi kami membuat keputusan supaya Youngbin meninggalkan Blank2Y dan kumpulan ini akan meneruskan aktiviti tanpanya.
“Kami memohon maaf kepada peminat dan orang ramai yang terkesan dengan berita tersebut,” kata wakil Keystone Entertainment.