fbpx

Piala FA: Manchester City tepati jangkaan tewaskan Bristol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN (kanan) meledak dua gol ketika membantu City menewaskan Bristol untuk mara ke saingan suku akhir Piala FA. – AFP

BRISTOL – Manchester City tidak berdepan sebarang masalah melangkah ke suku akhir­ Piala FA selepas mudah menjinakkan Bristol City 3-0 pada aksi pusingan kelima di Stadium Ashton Gate awal pagi semalam.

Pada perlawanan itu, pemain sayap The Citizens, Phil Foden kembali menunjukkan aksi terbaik apabila meledak dua gol, manakala satu lagi gol dijaringkan pemain tengah, Kevin De Bruyne.

Selepas menjaringkan dua gol pada perlawanan itu, Foden mengakui lega memandangkan dia berdepan aksi kurang memberangsangkan sepanjang sai­ngan musim ini selepas hanya menjaringkan satu gol sejak November lalu.

“Saya dapat rasakan pergerakan yang lebih baik pada perlawanan hari ini (semalam). Saya fikir kondisi badan sudah mencapai kecergasan 100 peratus dan lebih selesa untuk melakukan larian, malah saya juga lebih pantas dalan pergerakan.

“Sudah tentu saya mahu kembali ke dalam kesebelasan utama dan membantu pasukan. Memang saya tidak berpuas hati dengan prestasi sebelum ini dan anggap ia tempoh paling sukar dalam karier,” katanya.

Pada masa sama, pemain antarabangsa England itu juga tidak menyangka mereka dapat menewaskan Bristol dengan ke­lebihan tiga gol memandangkan pasukan Liga Kejuaraan itu memberikan tentangan cukup sengit sepanjang perlawanan.

“Saya tidak fikir ia patut ber­akhir dengan keputusan 3-0 kerana kami berdepan aksi sukar pada perlawanan hari ini (semalam). Mereka berikan cabaran kepada kami, namun ternyata City menunjukkan kemampuan sebenar,” ujar Foden. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI